
Jika anda terfikir untuk menjadikan kerjaya ejen hartanah sebagai kerjaya anda , ini adalah artikel yang perlu anda baca. Secara amnya artikel ini boleh dijadikan panduan untuk anda bila berkira – kira untuk berkecimpung didalam bidang hartanah.
Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman saya pabila memilih kerjaya ejen hartanah sebagai hobi dan menjana pendapatan selama beberapa tahun ini.
Ada bezanya tafsiran diantara Ejen Hartanah dengan Perunding Hartanah. Tapi selalunya rata – rata orang mentafsirkan perunding hartanah adalah ejen hartanah. Dibawah adalah diskripsi perbezaannya.
Ejen hartanah merupakan pemilik lesen yang membolehkannya melantik perunding hartanah
Selalunya yang bermain difikiran adalah pendapatan yang diperolehi. Daripada mana datangnya gaji ini.
Melalui Komisyen Jualan Dan Sewaan Hartanah
Setiap transaksi jualan atau sewaan hartanah mempunyai komisen yang tersendiri. Komisyen ini dibayar oleh pihak pemilik yang memerlukan khidmat.
Sebagai contoh , seorang ejen hartanah menjual sebuah hartanah yang berharga RM500K. Komisyen yang diterima adalah 3% ( Ini adalah standard komisyen ) daripada penjualan tadi iaitu RM15,000. Daripada jumlah komisen ini ejen hartanah akan berkongsi dengan pihak agensi.
Bayangkan sekiranya anda menjual dua biji hartanah yang berharga RM500K , komisyen yang akan anda perolehi adah RM30,000. Banyakkan !!!!! cukup tak gaji untuk seorang CEO. Tapi ejen hartanah perlu berkongsi dengan agensi mengikut rate atau peratus yang telah ditetapkan. Peratusan ini bergantung kepada agensi , tahap senioriti , tahap pencapaian. Selalunya untuk ejen baru , rata – rata agensi akan memberikan 60% daripada komisyen tadi , dan akan meningkat dari masa ke semasa.
Komisyen yang banyak bukan bermakna kita hanya duduk goyang kaki. Setimpal dengan hasil yang diperolehi , ejen hartanah perlu mengeluarkan modal sendiri dari segi pengiklanan , minyak dan yang berkaitan sehingga sesuatu rumah dijual.
Apakah sebenarnya bidang tugas seseorang ejen hartanah ini. Secara amnya ejen hartanah adalah merupakan pengantara diantara penjual dan pembeli.
Khidmat Untuk Penjual Rumah
Khidmat Untuk Pembeli
1. Membuka peluang pelaburan
Ada banyak sangat kelebihan jadi ejen hartanah ni. Pertama sekali kitalah antara orang terawal yang tahu lubuk-lubuk pelaburan baik dalam hartanah. Jauh beza murah dari market jual.
2. Komisyen yang tinggi
Selain itu juga komisyen yang diterima tidak terhad kepada komisyen penjualan rumah sahaja. Komisen juga boleh datang dari lawyer , banker , kontraktor , recruitment dan lain – lain lagi.
3. Masa yang fleksibel
Sebagai ejen hartanah kita yang merancang dan menyusun jadual kita. Kebanyakan masa untuk melihat rumah dikhususkan pada hari sabtu dan ahad. Ini kerana kebankan pencari rumah ada luangan masa pada hujung minggu , jadi kita ada kelebihan pada hari waktu bekerja biasa yang banyak.
Selain membantu diri sendiri menjana pendapatan dari bidang ini, anda juga sebenarnya membantu klien mendapatkan rumah idaman mereka atau menyelesaikan masalah mereka.
Jadi ejen hartanah ni modalnya agak rendah berbanding perniagaan lain. Dan pulangan nya juga agak pantas.
Nampak macam senang , tapi untuk berjaya mestilah konsisten dan sentiasa bersemangat kental. Komisyen yang banyak bukan bermakna kita hanya duduk goyang kaki. Setimpal dengan apa yang dihadapi dan keluarkan , dari segi modal pemasaran , emosi , penat lelah fizikal dan bermacam lagi. Banyak cabaran yang dihadapi untuk kerjaya ini , ini adalah cabaran mengikut pengalaman saya.
1. Malas
2. Leka
Dalam bidang hartanah ini , kadang – kadang kita dapat pendapatan yang kita tidak sangka amounnya. Bila amoun besar kita menjadi selesa , tapi kita lupa itu adalah one – off , kita perlu bekerja dan meletakkan gaji 6 bulan kehadapan. Perlu diingat , kerjaya sebagai ejen hartanah mesti menjual baru ada duit. Pendapatan kita bergantung pada komisyen jualan bukan seperti orang yang makan gaji. Oleh itu pemasaran perlu berjalan secara berterusan dan jangan leka dengan pendapatan besar yang sementara.
3. Cabaran klien
Tak semua klien yang kita dapat adalah turun dari langi , kalau fahamlah istilah ni. Ada yang sekadar membuat appoinment untuk window shopping. Ada klien yang datang lewat yang membuat kita menunggu. Bermacam – macam ragam yang kita perlu hadapi. Ada yang minta harga tak masuk akal. Ini adalah sifat manusia , kita tak mampu untuk memuaskan segalanya. Kita hanya perlu cari jalan penyelesaian.
3. Rejection
Tipu kerjaya ejen hartanah ini langsung tidak mengalami pengalaman rejection dengan klien dan pemilik rumah. Owner dah setuju dengan harga , tiba – tiba klien pula tak jadi beli. Klien dah setuju untuk letak booking , tetiba owner tak jadi jual. 10 kali dah aku bawa klien tengok rumah ini , satu pun tak sangkut. Banyak rejection yang berlaku , hati mau kental untuk menangani semua ini , belum lagi kes kena maki dengan pemilik dan klien. Ini lah lumrah kerjaya didalam bidang memberi servis kepada manusia. Tapi yang paling penting , untuk jadi seorang ejen hartanah yang profesional , tak perlulah kita cepat melenting
4. Pasaran yang turun naik
Dalam dunia perniagaan mesti ada pasang surutnya. Kadang kala permintaan menjadi begitu tinggi. Kadangkala tidak mengikut ekonomi negara juga dunia. Kita tidak perlu cepat melatah , ini kerana setiap permasalahan mesti ada solusinya.
Naim Aris merupakan Perunding Hartanah berdaftar atau Ejen Hartanah berdaftar bersama Agensi Hartanah IQI Realty Sdn Bhd . Berpengalaman sejak dari tahun 2016 menguruskan jual beli hartanah di sekitar Kuala Lumpur , Selangor , Putrajaya dan bandar satelit Negeri Sembilan Serta Melaka.
Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.