
2 SEBAB BEST MASA YANG SESUAI UNTUK MEMBELI RUMAH SEKARANG
Di bawah adalah 2 sebab kenapa membeli rumah pada waktu sekarang adalah terbaik.
Kandungan

OPR YANG RENDAH SANGAT SESUAI UNTUK MEMBELI RUMAH
Penurunan OPR secara beperingkat bermula setelah PKPB diisytiharkan selepas PKP memberikan kesan dan impak kepada peminjam.
BNM berkata, persekitaran ekonomi global menjadi bertambah lemah secara mendadak dan langkah-langkah untuk membendung pandemik Covid-19 telah menjejaskan kegiatan ekonomi di kebanyakan negara.
"Penunjuk terkini memaparkan bahawa ekonomi global telah pun menguncup, dengan pertumbuhan global diunjurkan menjadi negatif pada tahun ini. "Keadaan kewangan juga semakin ketat dalam keadaan peningkatan penghindaran risiko serta ketidakpastian. Langkah yang diambil oleh banyak negara untuk melaksanakan pelbagai rangsangan dasar disamping pelonggaran yang beransur-ansur terhadap langkah pembendungan di seluruh dunia akan mengurangkan sebahagian daripada impak Covid-19 ke atas ekonomi. "Prospek pertumbuhan akan bertambah baik pada tahun 2021 berdasarkan jangkaan bahawa pandemik ini dapat dibendung," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Susulan keputusan yang dibuat BNM itu hari ini, OPR telah dikurangkan sebanyak 100 mata asas untuk menyokong langkah-langkah monetari dan kewangan BNM yang lain serta langkah-langkah fiskal pada tahun ini. Kesemua langkah ini akan mengurangkan kesan ekonomi ke atas sektor perniagaan dan isi rumah serta menyokong kegiatan ekonomi untuk menjadi bertambah baik.
Kali terakhir penurunan OPR dikeluarkan bank negara adalah pada tahap 1.75 pada 10 Sept 2020.
PENGECUALIAN CKHT Dan HAD PEMBIAYAAN UNTUK MEMBELI RUMAH
Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) diberikan kepada individu warganegara Malaysia ke atas pelupusan rumah kediaman yang dibuat mulai 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021. Pengecualian ini dihadkan bagi pelupusan tiga (3) unit rumah kediaman sahaja. Selain itu, had pembiayaan bagi pinjaman untuk pembelian rumah yang ketiga dan seterusnya bernilai RM600,000 ke atas, tidak lagi tertakluk kepada 70% daripada nilai rumah, semasa tempoh Program HOC, tertakluk kepada pengurusan risiko dalaman institusi kewangan.
Boleh juga rujuk artikel Pelan Jana Semula Ekonomi