6 Tips Cara Semak Harga Pasaran Rumah​

Market Value Rumah

Adalah penting untuk menyemak  harga pasaran rumah ataupun market value rumah secara sebelum menjual atau membeli rumah atau hartanah. Ada banyak cara dan kaedah untuk menyemak market value rumah , setiap cara ada kelebihannya masing – masing dan digunakan mengikut keperluan dan kesesuaian.

Selain dari menjual rumah , market value juga boleh digunakan untuk tujuan lain seperti refinance , pembahagian harta pusaka , hibah dan bermacam – macam lagi.

Bagi pemilik yang ingin menjual rumah , semak harga pasaran semasa atau market value adalah perkara yang paling penting dan utama yang perlu dilakukan bagi mendapatkan harga jualan yang optimum , walaubagaimanapun kita perlu mengambil kira harga demand sesuatu kawasan yang hendak dijual , tidak semesti dengan meletakkan harga jual rumah mengikut harga pasaran semasa membolehkan rumah pemilik terjual dengan pantas. Bole baca perkara berkaitan dengan meletakkan harga rumah di artikel sebelum ini ‘ Wajib ke letak harga rumah mengikut harga pasaran semasa ?‘.

Share on facebook
Share Di Facebook
Share on twitter
Share Di Twitter
Share on linkedin
Share Di Linkedin

Servis Semak Market Value Percuma

Sekiranya anda ada perancangan nak jual rumah, kami menyediakan Servis Semak Market Value Terkini secara Percuma. Insyallah team ngetehhartanah akan menerangkan strategi meletak harga jualan mengikut keadaan pasaran semasa.

Servis ini terhad bagi kawasan Lembah Klang, Putrajaya dan Negeri Sembilan sahaja.

Sila klik button di bawah.

1. Tanya Komuniti Setempat
Selalunya mesti ada komuniti atau jiran kita didalam satu taman yang telah menjual rumah mereka cuba tanya berapa harga yang dapat dijual TAPI jangan bertanya hanya satu rumah saja , jika ada banyak yang terjual lebih baik tanya beberapa jiran , supaya kita boleh melihat anggaran secara kasar. 
 
 
2. Ejen Hartanah Berdaftar
Ejen hartanah berdaftar adalah orang yang paling tempat untuk kita bertanya berkaitan dengan market value rumah , market demand , semestinya mereka ini sudah biasa menjual dikawasan tersebut dan memnpunyai rekod – rekod transaksi sebelum ini untuk dibuat perbandingan. 

Servis Khidmat Ejen Hartanah

Sekiranya anda ada perancangan nak jual rumah, kami menyediakan khidmat nasihat bagi pemilik yang berniat untuk menjual rumah / hartanah .  Insyallah team ngetehhartanah akan menerangkan prosedur dan cara – cara bagaimana hendak menjual rumah secara terperinci. Servis yang ditawarkan adalah seperti penerangan prosedur jual beli. Persedian sebelum menjual rumah dan acam – macam lagi.

Untuk Mengetahui Info Yang Lebih Lanjut Boleh Hubungi Saya

 

NAIM ARIS

0163681889

 
@ Klik untuk wasap dibawah
3. Harga Iklan Rumah
Semak juga iklan rumah seangkatan dengannya yang diiklankan di medium – medium berbayar oleh ejen hartanah. Sebab selalunya sebelum ejen – ejen ini mengiklankan sesuatu rumah dia akan menyaemak dulu market value rumah. Sekiranya rumah didalam satu komuniti atau taman yang serupa harga setiap rumah mesti tidak jauh perbezaannya. Anda boleh menyemak iklan di medium seperti iproperty , mudah.my dan propertyguru untuk mendapatkan benchmark kepada market value rumah anda. Ada juga lagi medium pengiklanan , tetapi tiga dibawah ini adalah medium yang sering digunakan oleh Ejen Hartanah Berdaftar.
iproperty mudah.my propertyguru
 
4. Reserved Price Rumah Lelong

Harga rumah lelong atau reserved price adalah harga dibawah harga pasaran. Oleh itu harga pasaran semasa adalah lebih tinggi daripada harga reserved price rumah lelong. Sekiranya kita meletakkan harga yang sama seperti harga lelong , ini bermakna kita telah meletakkan harga yang terlalu rendah.

Pastikan ia reserved price , bukan harga yang anda menang lelong.

 

5. Portal Brickz. My
brickz
 

Bagi yang nak dapatkan full report atau transaksi jual beli yang lebih detail boleh cuba portal brickz.my. Ada free version tapi dengan data yang limited. Sekiranya anda ada bajet yang lebih anda boleh melanggani site ini untuk mendapatkan full report. Selalunya brickz ini digunakan oleh ejen hartanah bagi menganalisa dan melihat market demand sesuatu kawasan.

6. Lantik Valuer Atau Penilai Berdaftar
 
Sekiranya anda perlukan valuation report, anda perlu lantik valuer atau penilai berdaftar. Kebanyakkan kes yang perlukan valuation report seperti pembahagian harta sepencarian bagi kes penceraian, hibah, harta pusaka dan lain-lain.Sekiranya anda perlukan valuer untuk valuation report, boleh pm ejen kami di bawah.
 

Perlukan Khidmat Ejen Hartanah Berdaftar klik button dibawah

Share on facebook
Share Di Facebook
Share on twitter
Share Di Twitter
Share on linkedin
Share Di Linkedin

Compare listings

Compare