Cara Jual Rumah

Cara Jual Rumah Cepat 5 Tips Awesome

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Nak tips cara jual rumah cepat , saya cuba kongsikan mengikut viewpoint seorang ejen hartanah. Menjual rumah , tidak mudah sebenarnya jika tidak kena dengan cara dan strategi. Jika silap percaturan keberangkalian untuk rumah terjual adalah tipis. Saya cuba kongsikan 5 tips cara jual rumah cepat.

Berbalik juga kepada kenapa kita hendak menjual rumah. Setiap pemilik yang ingin menjual rumah ada sebab – sebabnya yang tersendiri. Ada yang hendak menjual rumah disebabkan tidak mampu menampung kos bulanannya lagi , ada yang bertujuan untuk berhijrah , ada juga yang bertujuan untuk menaiktaraf keperluan keluarga dari rumah yang kecil.

Tak kisahlah apa pun sebab dan situasi anda, di sini saya kongsikan pengalaman saya sebagai seorang perunding hartanah atau ejen rumah yang mungkin akan membantu anda dalam proses untuk cara menjual rumah cepat !!!

Jom kita lihat 5 TIPS cara jual rumah cepat !!!

Kandungan

Menyemak Dokumen Dan Maklumat Rumah Yang Hendak Dijual Adalah Cara Jual Rumah Yang Paling Asas.

Terdapat beberapa dokumen yang perlu kita semak sebelum proses penjualan rumah diteruskan

  • SNP ( Sale And Purchase Agreement )
  • Geran 
  • Land Search Dokumen 

Dokumen – dokumen ini boleh membantu kita dalam mengenalpasti maklumat seperti Title Rumah , adakah rumah adalah freehold atau leasehold. Ia juga membantu kita dalam memastikan samaada rumah masih dalam keadaan mastertitle atau pun sudah diconvert sebagai geran individu. Selain itu kita juga dapat menyemak sekiranya ada kaveat yang kita tidak sedari yang mungkin menghalang kita dalam menjual hartanah milik kita itu. Saya tidak akan kupas lebih dalam berkaitan dengan title ini disini , akan ada topik lain yang lebih mendalam.

 

Maklumat - maklumat ini harus tepat bagi membantu kita untuk memastikan yang rumah ini mudah dan ' FIT ' untuk dijual. serta tiada masalah di kemudian hari.

Naim Aris | 6 TIPS CARA JUAL RUMAH CEPAT

Servis Khidmat Ejen Hartanah

Sekiranya anda ada perancangan nak jual rumah, kami menyediakan khidmat nasihat bagi pemilik yang berniat untuk menjual rumah / hartanah .  Insyallah team ngetehhartanah akan menerangkan prosedur dan cara – cara bagaimana hendak menjual rumah secara terperinci. Servis yang ditawarkan adalah seperti penerangan prosedur jual beli. Persedian sebelum menjual rumah dan acam – macam lagi.

Untuk Mengetahui Info Yang Lebih Lanjut Boleh Klik Posting dibawah

Memastikan Harga Market Value Rumah Atau Harga Pasaran

Mengenalpasti harga market value rumah atau harga pasaran setempat adalah penting bagi memastikan kita tidak meletakkan harga terlalu rendah atau terlalu tinggi. Memang tidak salah untuk meletakkan harga melebihi harga market value , tapi risikonya perlu ditanggung oleh pembeli sekiranya pembeli tidak membeli hartanah tersebut secara cash. Pihak bank hanya akan memberi loan mengikut market value semasa sahaja , sekiranya lebih , pembeli perlu menambah lebihan dari pinjaman tersebut. Ini juga tidak baik bagi penjual , kerana nisbah pembeli hendak membeli harga lebih dari harga pasaran adalah rendah.

Semak Market Value Rumah

Persoalannya , bagaimana kita hendak menyemak harga market value rumah semasa ? Banyak medium yang boleh digunakan untuk menyemak market value rumah semasa. Salah satu platform adalah di BRICKZ.MY , boleh juga baca di artikel sebelum ini , tips untuk menyemak market value rumah , wajib ke letak harga rumah ikut harga market value , 6 tips awsome cara semak market value online. Salah satu faktor cara jual rumah cepat adalah memastikan harga yang diletakkan hendaklah dibawah harga pasaran dan juga mengambil kira permintaan dan supply setempat.

Servis Semak Market Value Rumah Secara Percuma

Sekiranya anda ada perancangan nak jual rumah, kami menyediakan Servis Semak Market Value Terkini secara Percuma. Insyallah team ngetehhartanah akan menerangkan strategi meletak harga jualan mengikut keadaan pasaran semasa.

Servis ini terhad bagi kawasan Lembah Klang, Putrajaya dan Negeri Sembilan sahaja.

Sila klik button di bawah.

Memastikan Harga Permintaan Dan Saingan Lokasi Hendak Dijual

Kita telah pun menyemak harga market value sesebuah rumah untuk dijual , adakah ini bermakna kita boleh terus meletakkan harga mengikut harga market value tersebut ? 

Tunggu , jangan gopoh !!! sebelum kita meletakkan harga rumah kita , semak dulu dengan market setempat dan sekitar. Bagaimana nak semak harga permintaan ni. Sekali lagi kita boleh menggunakan medium Brickz.my , Mudah.my , iProperty , PropertyGuru , jiran dan bermacam media pengiklanan yang lain. Cuba kita lihat harga yang paling rendah dijual dikawasan rumah milikan kita yang hendak dilepaskan. Berapa banyak persaingan. Lihat kondisi rumah. Bagi mendapat lebih maklumat yang tepat berkawanlah dengan Ejen Hartanah Berdaftar. Pastikan maklumat didapati dari ejen hartanah setempat , secara contohnya anda hendak menjual rumah di senawang atau seremban , anda boleh bertanya dengan ejen hartanah di senawang dan ejen hartanah di seremban 

Boleh juga baca artikelWajib Ke Latak Harga Rumah Ikut Harga Market Value Rumah ‘ , ‘ 6 Tips Terbaik Cara Semak Market Value ‘ .

Harga Market Value Rumah adalah harga untuk benchmark kita untuk kegunaan loan bank , manakala harga permintaan adalah harga boleh jual mengikut kawasan. Perbandingan ini adalah tertakluk kepada berapa baki hutang pinjaman perumahan dan kos yang diperlukan bila rumah dijual. Jangan pula letak harga yang tidak mampu melunaskan pinjaman perumahan kita.

Naim Aris | 6 TIPS CARA JUAL RUMAH CEPAT

Membaik Pulih Kerosakan Rumah

Tidak terhenti disini , perlu bermain diminda kita persoalan untuk kita menambah nilai kepada hartanah atau rumah kita. Antara persoalannya ,

  • Bagaimanakah kita hendak membina daya tarikan kepada pembeli ? 
  • Bagaimanakah kita hendak membuat pembeli bila masuk rumah untuk pertama kali memberi impression ‘ WOW’ dari sudut hati ?
  • Bagaimana kita hendak menempis pengurangan dari segi harga ?

Kebanyakan pembeli mencari kesempurnaan walaupun tidak 100%. Secara asasnya kita boleh membaikpulih keadaan rumah yang mungkin perlu diperbaiki. Ini kerana rumah yang mempunyai kerosakan boleh membuatkan nilai rumah itu jatuh dipandangan mata pembeli.

Mungkin kita boleh menambah aksesori yang perlu bagi meningkatkan nilai dimata , jangan silap , penambahan aksesori tidak meningkatkan harga pasaran , tapi boleh membantu meningkatkan harga permintaan.

Adalah penting kalau rumah yang hendak dijual diperbaiki dulu keadaannya , walaupun terpaksa mengeluarkan modal. Modal yang dikeluarkan tidak seberapa tapi takut nilai dimata pembeli mungkin akan melebihi dari pada modal yang kita keluarkan , ini juga adalah salah satu cara hendak menjual rumah dengan cepat.

Menggunakan Gambar Yang Cantik Untuk Pasaran

Cara Jual Rumah

Di atas adalah salah satu gambar yang saya ambil menggunakan telefon bimbit sahaja. Telefon bimbit perlulah mempunyai servis wide dimana kita boleh melihat secara kesuluruhan sasaran yang hendak diambil seperti ruang tamu.

Gambar yang cantik merupakan first impression kepada pembeli. 

Ini kerana , pembeli akan terbuka hatinya untuk melihat rumah bila first impression terhadap gambar adalah cantik. 

Yang pasti gambar memainkan peranan yang penting untuk menarik minat pembeli untuk tengok rumah.

Menggunakan Medium Pengiklanan Yang Bersesuaian

Tak kiralah berapa cantik rumah yang anda nak jual, kalau tak ada pembeli yang tahu, sampai bila pun rumah tersebut tak terjual.

Antara cara paling biasa digunakan semasa menjual rumah ialah memasang sepanduk (banner) di hadapan rumah. Kalau jalan di depan rumah mempunyai trafik kenderaan yang tinggi, manfaatkan trafik tersebut. Tapi, peluang untuk rumah tersebut terjual melalui kaedah ini sangatlah rendah kerana orang yang lalu lalang tersebut belum tentu mahu membeli. Dalam istilah pemasaran dipanggil “cold traffic”.

Bagi memastikan peluang menjual rumah dengan cepat, kita mesti mencari prospek yang benar benar berminat membeli rumah (warm traffic).

Persoalannya mana nak cari mereka ni? Anda mesti iklankan di tempat yang dikenali ramai sebagai pasar menjual hartanah. Di internet memang banyak laman web seperti ini, contohnya seperti berikut

  • Mudah.my
  • Propertyguru
  • iProperty.my
  • EdgeProp
Ada banyak lagi laman seperti di atas, yang paling mudah untuk digunakan ialah Mudah.my. Ada laman web hartanah pula hanyak boleh digunakan oleh perunding hartanah yang berdaftar dengan mereka saja. Jadi, sebab itu saya syorkan anda gunakan servis mereka. 
 
Penting untuk anda tahu, membuat iklan di laman web ini memerlukan anda mengeluarkan modal tunai terlebih dahulu. Selain itu, setiap platform pemasaran ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing masing. Anda perlu ada pengetahuan teknikal dan pengalaman bagaimana ia berfungsi supaya. Tanpa ilmu & pengalaman ini, kita akan habiskan banyak duit tetapi hasilnya tak kunjung tiba. Rumahnya tak terjual.
 
Akibatnya, anda buang masa, duit & tenaga. 

Gambar dia atas adalah contoh medium pengiklanan yang digunakan oleh ejen hartanah untuk mengiklankan rumah untuk dijual di dalam mudah.my

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkdin
Share on pinterest
Share on Pinterest
Shares0

Compare listings

Compare