Market Value Rumah

WAJIB ke Letak harga rumah ikut HARGA Market Value Rumah Atau Pasaran Semasa.

 

Salah satu dilema yang dialami oleh pemilik rumah atau hartanah menetapkan harga sekiranya mereka ingin menjual hartanah milik mereka. Memang setiap pemilik mengidamkan harga hartanah terjual semaksimum mungkin tapi perlu juga mengambil faktor – faktor lain sekiranya ingin melepaskan hartanah.
.
Nak letak atas harga market value rumah atau pasaran pon boleh TAPI hanya pembeli tertentu sahaja yang mampu membeli dengan mengeluarkan tunai lebihan tanpa pinjaman perumahan , itupon sekiranya hartanah yang hendak dibeli secocok dengan citarasa dan ada value WORTH IT to PAY. Ini jarang berlaku.

Memang secara am value sesebuah rumah bole pergi ke tahap yg lebih tinggi , tapi tidak semestinya kita perlu meletakkan harga rumah mengikut harga market value rumah atau pasaran. Ia perlulah mengambil kira.
.

1) TUJUAN Kita Menjual

Kita kena Tahu apa sebeb kita ingin melupuskan hartanah/rumah. Adakah ia disebabkan kita hendak upgrade rumah , atau adakah disebabkan kita nak lupuskan atau mengurangkan hutang kita , atau adakah disebabkan kita urgent nak jual kalau tidak kita akan dikenakan tindakan mahkamah. Perlu kenalpasti dulu tujuan agar kita tidak silap mencatur strategi.

2) Tahap URGENCY
 

Tahap cepat mana kita memerlukan rumah itu dijual , mungkin desakan daripada beberapa faktor , seperti rumah akan dilelong , memerlukan duit untuk perubatan. Memerlukan duit untuk rumah yang akan siap. Banyak faltor yang perlu diambil kira.

3) Buat KAJIAN Persaingan Dan Permintaan.
 

Sebelum meletakkan sesuatu harga kita perlu tahu MARKET and DEMAND. Harga pasaran rumah adalah harga yang diambil dari pada penilaian valuer dan bank dan ianya bukan semestinya harga boleh jual. Apa yang perlu kita tahu MARKET DEMAND atau HARGA PERMINTAAN PASARAN yang boleh dijual dan dapat permintaan. Ini boleh dilakukan dengan menyemak harga jual rumah atau property sedia ada di medium – medium pengiklanan seperti :

  1. iProperty
  2. Mudah
  3. PropertyGuru
 
4) Ambil kira KOS yang terlibat.
 
Kos adalah penting agar kita tidak tersilap menjual sehingga harga yang diletakkan adalah harga rugi , tdak dapat meliputi kos – kos yang lain seperti kos lawyer , kos ejen hartanah dan lain – lain kos yang terlibat.
 
Contoh Kajian Kes Persekitaran 
 

Cth disini harga market value rumah atau pasaran yang ditentukan oleh penaksir 300K dan ia merupakan rumah kos sederhana yg dahulunya dibeli dengan 50K. Harga bole jual dikawasan itu 250k ke 265K. TAPI disebabkan tahun ini ada pembangunan baru dengan keluasan yg lebih besar dan sewa yg sama dan lokasi pun berdekatan dgn fasiliti yang sama kemungkinan kebolehjualan untuk menjual kepada pelabur yg bertujuan sewaan adalah rendah. Ada pula persaingan rumah lain dengan harga 220K dalam kondisi yang sama. Di sini apa yang kita dapat simpulkan persekitaran menyebabkan kesan kepada permintaan rumah dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran. Persoalan disini adakah kita wajib letak ikut harga pasaran 300K.

Cth Kajian sewaan bagi pelabur , rumah dengan harga sewaan boleh sewa 1200 tapi harga pasaran adalah 280K permintaan pasaran disini di sekitar 240K , kenapa berlaku begini , ia kerana mengambil kira 1200 adalah break even untuk rumah 240K jadi harga yang lebih dari harga ini tidak mendatangkan cashflow dan kawasan adalah lokasi pelabur dimana majoriti disewakan dan menjadi tumpuan pelabur sahaja. Boleh tak kita letak harga 280K ???

Kalau anda ingin semak harga pasaran , kami boleh bantu

Tepuk dada tanya hati. 😊😊
Moga bermanfaat

IMG 7725

Naim Aris

Ejen Hartanah Berdaftar

Hubungi Kami

Sekiranya ada Sebarang Persoalan


Shares0

Compare listings

Compare