
Market value rumah atau harga pasaran rumah juga dipanggil nilai pasaran hartanah adalah merupakan nilai sesuatu hartanah yang dikeluarkan oleh jurutaksir yang juga dikenali sebagai valuer.
Market value rumah atau harga pasaran merupakan nilai maksimum yang membolehkan pinjaman perumahan dilakukan.
Biasanya nilai pasaran yang munasabah ini ditentukan oleh Para Penilai yang bertauliah dan berdaftar dengan Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia.
Kebiasaannya setiap bank mempunyai beberapa panel firma penilaian yang memberikan nasihat dan laporan penilaian berkenaan nilai sesebuah hartanah yang ingin dibiayai oleh bank tersebut.
Jika pembeli ingin mendapatkan pembiayaan dari perbendaharaan Malaysia (pinjaman perumahan kerajaan) juga dikenali sebagai LPPSA khas untuk kakitangan kerajaan, maka sewajarnya merujuk dahulu dengan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kem. Kewangan (JPPH) untuk mendapatkan anggaran nilaian harga pasaran rumah.
Salah satu dilema yang dialami oleh pemilik rumah atau hartanah menetapkan harga sekiranya mereka ingin menjual hartanah milik mereka.
Adakah harga market value rumah atau harga rumah semasa sentiasa sama?
Adakah ada peningkatan setiap tahun bagi harga market value rumah?
Memang setiap pemilik mengidamkan harga hartanah terjual semaksimum mungkin tapi perlu juga mengambil faktor – faktor lain sekiranya ingin melepaskan hartanah.
.
Nak letak harga rumah melebihi harga market value rumah atau harga pasaran rumah pun boleh, cuma , hanya pembeli tertentu sahaja yang mampu membeli dengan mengeluarkan tunai lebihan tanpa pinjaman perumahan.
Itupon sekiranya hartanah yang hendak dibeli secocok dengan citarasa dan ada value WORTH IT to PAY. Ini jarang berlaku.
Memang secara am value sesebuah rumah boleh pergi ke tahap yg lebih tinggi , tapi tidak semestinya kita perlu meletakkan harga rumah mengikut harga market value rumah atau pasaran. Ia perlulah mengambil kira.
Kita kena Tahu apa sebeb kita ingin melupuskan hartanah/rumah.
Adakah ia disebabkan kita hendak upgrade rumah , atau adakah disebabkan kita nak lupuskan atau mengurangkan hutang kita , atau adakah disebabkan kita urgent nak jual.
Perlu kenalpasti dulu tujuan agar kita tidak silap mencatur strategi.
Sekiranya anda ada perancangan nak jual rumah, kami menyediakan Servis Semak Market Value Terkini secara Percuma. Insyallah team ngetehhartanah akan menerangkan strategi meletak harga jualan mengikut keadaan pasaran semasa.
Servis ini terhad bagi kawasan Lembah Klang, Putrajaya dan Negeri Sembilan sahaja.
Sila klik button di bawah.
Tahap cepat mana kita memerlukan rumah itu dijual , mungkin desakan daripada beberapa faktor , seperti rumah akan dilelong , memerlukan duit untuk perubatan. Memerlukan duit untuk rumah yang akan siap. Banyak faltor yang perlu diambil kira.
Sebelum meletakkan sesuatu harga kita perlu tahu MARKET and DEMAND. Harga pasaran rumah adalah harga yang diambil dari pada penilaian valuer dan bank dan ianya bukan semestinya harga boleh jual.
Apa yang perlu kita tahu MARKET DEMAND atau HARGA PERMINTAAN PASARAN yang boleh dijual dan dapat permintaan. Ini boleh dilakukan dengan menyemak harga jual rumah atau property sedia ada di medium – medium pengiklanan seperti :
Mempunyai pertalian atau network dengan ejen hartanah adalah satu kelebihan bagi pemilik rumah. Cuba tanya harga pasaran semasa dan harga demand semasa disesuatu tempat , cuba kaji. Selalunya setiap lokasi rumah ada ejen hartanah cuba berkomunikasi dengan mereka untuk melengkapkan diri kita dengan adakah harga yang cuba dijual adalah tepat atau tidak. ‘ Saya tak kenal hejen hartanah ‘ , google je mengikut lokasi seperti dibawah atau nak tanya terus kami boleh bantu.
Kos adalah penting agar kita tidak tersilap menjual sehingga harga yang diletakkan adalah harga rugi , tdak dapat meliputi kos – kos yang lain seperti kos lawyer , kos ejen hartanah dan lain – lain kos yang terlibat.
Contoh Kajian Kes Persekitaran
Contoh disini harga market value rumah atau harga pasaran rumah yang ditentukan oleh penaksir 300K, dan ia merupakan rumah kos sederhana yg dahulunya dibeli dengan 50K.
Harga bole jual dikawasan itu 250k ke 265K.
TAPI disebabkan tahun ini ada pembangunan baru dengan keluasan yg lebih besar dan sewa yg sama dan lokasi pun berdekatan dgn fasiliti yang sama kemungkinan kebolehjualan untuk menjual kepada pelabur yg bertujuan sewaan adalah rendah.
Ada pula persaingan rumah lain dengan harga 220K dalam kondisi yang sama.
Di sini apa yang kita dapat simpulkan persekitaran menyebabkan kesan kepada permintaan rumah dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran rumah atau harga market value rumah.
Persoalan disini adakah kita wajib letak ikut harga pasaran rumah atau harga market value sehingga 300K.
Contoh : Kajian sewaan bagi pelabur , rumah dengan harga sewaan boleh sewa 1200 tapi harga pasaran rumah adalah 280K permintaan pasaran rumah disini di sekitar 240K , kenapa berlaku begini , ia kerana mengambil kira 1200 adalah break even untuk rumah 240K jadi harga yang lebih dari harga ini tidak mendatangkan cashflow dan kawasan adalah lokasi pelabur dimana majoriti disewakan dan menjadi tumpuan pelabur sahaja.
Boleh tak kita letak harga 280K ???
Tepuk dada tanya hati.
Moga bermanfaat.
Sekiranya anda ada perancangan nak jual rumah, kami menyediakan khidmat nasihat bagi pemilik yang berniat untuk menjual rumah / hartanah . Insyallah team ngetehhartanah akan menerangkan prosedur dan cara – cara bagaimana hendak menjual rumah secara terperinci. Servis yang ditawarkan adalah seperti penerangan prosedur jual beli. Persedian sebelum menjual rumah dan macam – macam lagi.
Untuk Mengetahui Info Yang Lebih Lanjut Boleh Klik Posting dibawah
Naim Aris merupakan Perunding Hartanah berdaftar atau Ejen Hartanah berdaftar bersama Agensi Hartanah IQI Realty Sdn Bhd . Berpengalaman sejak dari tahun 2016 menguruskan jual beli hartanah di sekitar Kuala Lumpur , Selangor , Putrajaya dan bandar satelit Negeri Sembilan Serta Melaka.
Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.